Formula JSK: 3 Teras untuk Tingkatkan Jualan Bisnes

Posted On // Tinggalkan Mesej //
3 Teras untuk Tingkatkan Jualan Bisnes


Formula ini saya gunakan untuk merangkan bisnes nasi lemak yang saya tulis sebelum ini.

Saya ambil daripada Tuan Jay Abraham, seorang lagenda direct-response marketer.

Baiklah, formula begini:

Formula JSK:
  • J = Jumlah.
  • S = Saiz.
  • K = Kekerapan.

1. Jumlah

Semua orang tahu, untuk tingkatkan jualan bisnes ialah dengan tingkatkan jumlah pelanggan.

Betul betul?

Kita kira:

Andai kita mempunyai 1,000 pelanggan dan tingkatkan jumlah tersebut sebanyak 10% sahaja, maka jumlah keselurahan 1,100 pelanggan.

Persoalannya: Adakah susah atau senang nak tingkatkan jumlah pelanggan sebanyak 10%? Dan bagaimana?

Itu bahagian teknik bisnes. Buat masa sekarang fokus dahulu strategi bisnes. Boleh?

2. Saiz

Formula seterusnya, tingkatkan saiz setiap pembelian.

Nak faham mudah sahaja.

Lihat McD. Kita Drive-thru. Masa nak order itu mesti dia akan tanya nak tambah apa-apa tak? Bukan?

Itulah cara mereka untuk tingkatkan saiz setiap pembelian.

Kita kira:

Kalau setiap pelanggan McD beli burger RM 10. Dan penjual mereka tanya nak tambah apa-apa, lalu kita tambah air yang berharga RM 3 dan juga aiskrim yang berharga RM 2. Jumlah harga RM 15.

Di situ sahaja McD sudah untung RM 5. Dengan hanya satu soalan mudah. Gila ke tak gila?

Itu baru seorang. Andai 100 orang? 1,000 orang? Atau 10,000 orang?

Pada bahagian inilah kebanyakan bisnes buat keuntungan dengan banyak. Memang banyak.

Mengikut data Perry Belcher, kita boleh buat keuntungan sekurang-kurangnya 10 kali ganda.

Pengajarannya: Kita perlu ada beberapa produk. Kalau jual satu produk sahaja memang bisnes kita susah nak untung.

Mungkin ada orang panggil cara ini upsell, downsell, cross-sell dan seumpama dengannya. Tujuan kita hanya satu, tingkatkan saiz setiap pembelian.

3. Kekerapan

Formula ketiga ialah tingkatkan kekerapan setiap pelanggan membeli.

Kita lihat bisnes top-up.

Sekali top-up memang tak untung sangat. Tetapi kita lihat pada kekerapan setiap pelanggan membeli.

Kerap ke tidak? Sudah tentu kerap bukan?

Boleh dikatakan seminggu sekali orang yang sama akan top-up.

Di sini banyak bisnes besar selalu buat kad keahlian. Contohnya kad Mesra, Mydin. Tesco, AEON dan seumpama dengannya.

Kenapa mereka buat kad keahlian? Sebab nak buat setiap pelanggan membeli belah lebih kerap. Dan lagi kerap.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali bukan?

Kalau Mydin ada 100,000 pelanggan sahaja sudah cukup untuk jana RM juta-juta. Sebab pelanggan mereka akan membeli seminggu sekali.

Dan pesan Puan Ainon Mohd, bisnes yang bagus ialah bisnes yang untungnya sedikit tetapi setiap orang membeli berkali-kali.

Dalam pemasaran internet, di sinilah bahagian di mana internet marketer membuat keuntungan dengan satu klik sahaja. Caranya, tulis emel dan hantar tawaran kepada list.

Daripada Penulis

Jadi, itulah 3 formulanya.

Hanya terdapat 3 cara sahaja secara asas untuk tingkatkan jualan bisnes. Saya belum pernah jumpa cari lain lagi setakat ini.

Jadi, apabila kita melihat sesuatu bisnes. lihatlah dengan formula JSK. Maka, kita  akan nampak dengan jelas operasi bisnes mereka.

Jangan berhenti di sini, sambung lagi pada bahagian yang lebih advanced.

Belajar lagi di sini: Customer Value Optimization.

Dan pada akhir entri tersbut, jangan lupa tonton videonya. Sebab video tersebut sangat penting untuk faham apa yang saya kongsikan kepada anda. Terima kasih.
[Read more]

Terhangat Mingguan

Danial